Thursday 23 August 2012

Inflasi :Simpan Emas atau Wang Kertas?




APA ITU INFLASI?

Inflasi adalah sesuatu keadaan ekonomi di mana berlaku kenaikan harga (kebanyakan barang dan perkhidmatan) yang berterusan. Inflasi juga menunjukkan penyusutan nilai wang dari semasa ke semasa.Mahukah anda menyimpan wang kertas untuk  jangka masa panjang sedang ia semakin susut nilai dan tidak berharga?

Perbezaan Harga Barang Untuk Tahun 2000 dan 2012

• Hampir 99% masyarakat di dunia menyangka harga barangan dan servis semakin mahal dari semasa ke semasa. Kerana mereka tidak mengerti apakah ‘wang’ yang sebenar. Sebenarnya jika diperhatikan dengan teliti, harga barangan dan servis adalah semakin murah hari demi hari. Dari tamadun Yunani, Rom dan sehinggalah zaman Rasulullah SAW, mereka menggunakan emas sebagai ‘wang’. Jika anda mengukur harga sesuatu barangan berdasarkan emas dan bukanya ‘matawang’, anda pasti akan mendapati harga barangan dan servis semakin murah hari demi hari.

• Sebagai contoh, pada tahun 2000, dengan 1 gram emas anda boleh membeli sebanyak 150 biji kuih (ini berdasarkan harga emas 1 gram = RM30.00, dan RM1.00 = 5 biji kuih). Tetapi pada tahun 2012, dengan 1 gram emas anda boleh membeli sebanyak 360 biji kuih (ini berdasarkan harga emas 1 gram = RM180.00, dan RM1.00 = 2 biji kuih). Maka, untuk 1 biji kuih tahun 2000 memerlukan sebanyak 0.006 gram emas, tetapi 1 biji kuih tahun 2012, anda hanya memerlukan sebanyak 0.002 gram emas sahaja!

• Pada tahun 2000, dengan 1 kilogram emas anda boleh membeli sebuah kereta standard (ini berdasarkan harga emas 1 kilogram = RM30,000.00 dan ~RM30,000.00 = 1 kereta standard). Tetapi pada tahun 2012, dengan 1 kilogram emas anda boleh membeli sebanyak 3 buah kereta standard (ini berdasarkan harga emas 1 kilogram = RM180,000.00 dan ~RM60,000.00 = 1 kereta standard). Maka, untuk sebuah kereta standard tahun 2000 memerlukan 1 kilogram emas, tetapi sebuah kereta standard tahun 2012, anda hanya memerlukan sebanyak 330 grams emas sahaja!

• Pada tahun 2000, dengan 5 kilogram emas anda boleh membeli sebuah rumah standard (ini berdasarkan harga emas 5 kilogram = RM150,000.00 dan ~RM150,000.00 = 1 rumah standard). Tetapi pada tahun 2012, dengan 5 kilogram emas anda boleh membeli sebanyak 3 buah rumah standard (ini berdasarkan harga emas 5 kilogram = rm900,000.00 dan ~RM300,000.00 = 1 rumah standard). Maka, untuk sebuah rumah standard tahun 2000 memerlukan 5 kilogram emas, tetapi sebuah rumah standard tahun 2012, anda hanya memerlukan sebanyak 1.6 kilogram emas sahaja!
• Maka, jangan merungut jika harga barangan menjadi semakin mahal lagi. Anda hanya perlu membezakan apa itu ‘wang’ dan apa itu ‘matawang’. JADI BIJAK!


Ditulis oleh :
Muhammad Khalif Samsudin (Carl Samsudin)


Wang Emas Alternatif Terbaik





            Assalamualaikum..
            Pada kali ini saya ingin kongsikan tentang satu pandangan yang agak menarik,tulisan ini direkodkan  pada tahun 1998.Walaupun sudah agak lama,namun isunya masih relevan dengan apa yang berlaku pada hari ini.Selamat membaca sehingga habis agar dapat manfaat isi dan mesej yang hendak disampaikan.

            Saudara Pengarang,
            Dalam Lidah Pengarang, Utusan Malaysia, baru-baru ini telah dicadangkan supaya kita mencari satu alternatif kepada ringgit. Cadangan ini harus dialu-alukan dan dipandang serius lebih-lebih lagi apabila kita sedang menghadapi pusingan kedua kejatuhan nilai duit kertas kita. Kejatuhan ini ekoran daripada kejatuhan nilai yen berbanding dolar Amerika Syarikat. Sememangnya sudah pun ada cadangan sebelum ini bahawa harus dilakukan penilaian semula ekonomi masa kini dengan berani termasuk menilai semula penggunaan mata wang kertas sebagai bahan pertukaran. Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad juga mengesyorkan barter trading untuk mengelakkan penggunaan mata wang dolar AS. Saranan Perdana Menteri itu harus digalakkan. Pada satu ketika dahulu beliau juga cuba untuk menggunakan mata wang ASEAN tetapi tidak berhasil. Walaubagaimanapun pencarian alternatif mesti diteruskan. Mata wang emas dan perak boleh digunakan selari bersama ringgit. Pada mulanya mata wang itu boleh digunakan sebagai satu alat anti inflasi (anti-inflation device) dan sebagai simpanan/tabungan.

            Pada peringkat kedua pula mata wang ini boleh digunakan khas untuk urusan keagamaan seperti mas kahwin, wang hantaran dan pembayaran zakat. Baru-baru ini, Mufti Mesir, Dr. Nasir Farid Wasil menggesa negara Islam supaya kembali kepada mata wang emas dan perak (turut disiarkan dalam Utusan). mereka yang dalam bidang agama juga harus mengambil serius perkara tersebut. Bolehkah kita membayar zakat dengan bahan berbentuk dayn? Nilai mata wangkertas tidak stabil. Cuba lihat wang jiran kita Indonesia yang nilainya telah turun berkali ganda. Mas kahwin yang dibayar sekarang tidak serupa nilainya jika dibanding dengan tahun lepas. jadi tidak seronok membagi sesuatu bagi mahar kahwin bakal isteri yang nilainya tidak diketahui dalam masa sebulan dua akan datang. Begitu juga pembayaran zakat. Nilai yang dipungut tahun lepas tidak serupa nilainya tahun ini. Dalam urusan agama kita tidak boleh teragak-agak. Jika bahan yang kita gunakan tidak stabil kita harus cari bahan yang stabil.

            Menabung
            Kita bukannya dalam keadaan darurat yang mana kita tidak boleh mencari bahan yang stabil dan berharga. Lagi pun emas dan perak telah lama digunakan dan tidak ada ragu-ragu lagi.
Jika duit disandarkan kepada emas itu boelh dikira sebagai resit yang menggantikan emas, bolehkah resit dipindah milik  dan bolehkah resit digunakan untuk bayar zakat?
Kita biarkan pakar-pakar dalam agama menjawabnya.

            Ramai yang ingin balik kepada emas dan perak tetapi tidak tahu bagaimana hendak berbuat demikian. Jika emas tersebut disimpan begitu sahaja pun ia menguntungkan. Tidak boleh dinafikan bahawa ramai yang menabung di bank dan tidak mengambil faedah kerana kebanyakan orang Islam di seluruh dunia bersepakat bahawa faedah itu riba. Jika wang disimpan dalam institusi yang memberi faedah dan faedahnya tidak diambil maka duit itu akan susut juga disebabkan inflasi dan susut nilai. Tetapi jika tidak diambil faedah yang ditawarkan oleh bank, simpan di mana-mana pun sama, nilainya akan tetap susut. Jika kita simpan emas ia tidak mengalami kesusutan yang banyak. Bila sampai nasabnya bayar zakat dengan emas itu juga. Jika emas yang akan disimpan maka duaperkara yang harus difikirkan. Yang pertama emas itu mesti berbentuk duit dan bukan perhiasan. Untuk memudahkan membayar zakat dan urusan perniagaan emas mesti berbentuk duit sebab barang kemas kurang praktikalnya.

            Perkara yang kedua ialah tempat yang selamat untuk menyimpannya. Tempat yang selamat tidak semestinya di bank sahaja. Satu agensi untuk menyimpan boleh ditubuhkan. Berlainan dengan bank, wakala ini menerima deposit tetapi tidak boleh memberi pinjaman. Ini satu amanah bagi pihak pendeposit. Jika pendeposit hendak mengeluarkannya dia boleh berbuat demikian. Dan jika ia ingin tukarkan dengan duit kertas pun boleh berbuat begitu. Itu hak mereka. Demikian beberapa cadangan ekoran daripada tulisan ruangan Lidah Pengarang utusan yang telah mengusulkan satu langkah yang patut dipuji.

UMAR AZMON AMIR HASSAN. Desa Pandan, Kuala Lumpur.
Umar Azmon. Utusan Malaysia: Forum (01/07/1998)

Monday 13 August 2012

KENAPA EMAS? WHY GOLD ?


Kenapa EMAS?

1.Bernilai tinggi kerana rupanya yang cantik.Ia juga boleh menjadi kebanggaan kepada pemiliknya

2.Diiktiraf di seluruh dunia sebagai benda yang berharga

3.Bernilai untuk selama-lamanya dan ia tidak boleh binasa.

4.Mudah dibahagikan tanpa merosakkan nilainya

5.Tidak boleh dicipta dan sukar diperolehi

6.Mudah untuk menukarkan kepada duit kertas.

7.Simpanan/pelaburan terbaik kerana ia melindungi kekayaan pemiliknya.

“Emas tidak boleh membuatkan anda kaya dengan serta merta tetapi ia boleh mengelakkan anda dari terus miskin”

SEBAB APA PERLU SIMPAN EMAS?

1.Nilai wang semakin jatuh.
Wang mengalami susut nilai..amat rugi simpan wang kertas..ditambah inflasi..semakin lama semakin byk wang kertas diperlukan utk mmbeli sesuatu brg..(jika wang kertas dikoyak koyak..adakah anda kutip?jika emas walaupun dh jd serbuk sekalipun,pasti ramai yg nak..inilah cth paling mudah nak lihat wang kertas tidak ada nilainya melainkan atas kertas sahaja)

2.Harga emas semakin naik utk jangka masa panjang.
Pelaburan yang amat selamat..tk buat apa-apa pun hrganya naik..simpan di ASB hnya dpt 8% dividen..tolak inflasi..tidak ada apa yg tinggal..kenaikan hrga emas 20%-36% setahun..

3.Emas adalah aset yg mudah cair.
Emas boleh ditukarkan kepada duit bila-bila masa apabila anda hendak memakai duit kerana anda boleh menjualnya.Jika anda jual,anda telah hilang aset berharga.Oleh itu anda digalakkan memajak di ar rahnu untuk mendapatkan duit ketika memerlukan dan tebuslah secara ansuran jika tak mampu tebus sekaligus-harta tak luak,duit dapat

4.Emas tidak boleh dicipta/dimanipulasi.
Tidak ada seorang saintis pun yg berjaya mencipta emas.Emas adalah anugerah Allah yang tidak boleh dimanipulasi.

5.Pelindung kekayaan.
Emas bernilai utk selama-lamanya dan ia merupakan penyimpan nilai yg baik untuk jangkamasa panjang.Ramai billionaire dan jutawan di dunia menyimpan emas sebagai pelindung kekayaan mereka kerana mereka tidak yakin dengan ekonomi yang tidak menentu.

6.Portfolio Simpanan dan Pendapatan.
Emas boleh dijadikan sebagai salah satu portfolio pelaburan yang sangat menguntungkan berbanding menyimpan wang di bank atau membeli saham.Ia juga boleh dijadikan sumber pendapatan dengan menjalankan perniagaan emas iaitu jual dan beli emas.

Kategori individu yang sesuai menyimpan/meniaga emas :
 

1.Individu yang mempunyai kerja tetap.
Bisnes emas ini hanya memerlukan anda rajin bercerita sahaja.Hanya educate orang tentang emas.Apa yang penting ilmu anda sendiri tentang emas perlu mantap. Jila pelanggan sudah jelas ttg emas, memudahkan anda kerana biasanya belian berulang.Ia boleh dilakukan secara sambilan tanpa menjejaskan tugas tetap anda.
 

2. Individu yang Anti Skim Piramid.
Tak suka nak cari-cari orang(downline).Jika anda pelabur/penyimpan..simpan sahaja dah untung,tak perlu buat apa-apa.
Jika anda adalah penyimpan dan pengedar, amat menyenangkan sebab ramai yg dah tahu emas berharga dan menguntungkan. Apa yg mereka tak tahu ialah sebab perlu simpan emas dan bagaimana nak menjana pendapatan dgn emas tak kira modal kecil atau besar,serta kepentingan emas.Konsep convert money to gold (tukarkan wang kertas kepada emas )pun perlu dijelaskan.
 

3.Individu yang hendak menambah/mempelbagaikan portfolio pelaburan dan pendapatan
 

4.Surirumah
Boleh jadi back up kalau berlaku kecemasan.Ia bertindak sebagai pelindung kewangan anda di saat memerlukan.
 

5.Orang tua atau warga emas
Senang hendak pergi haji atau back up di hari tua. Jadi dengan simpanan emas anda telah pun melakukan tindakan yang bijak sebagai salah satu sumber di kala memerlukan nanti.
 

6.Pekerja swasta tak kiralah yang gaji murah atau mahal.
Rancang untuk masa depan anda bagi memastikan kewangan lebih baik.
 

7.Pelajar atau anak-anak
Sebagai tabungan pendidikan dan insurans.
Ramai pelajar sekarang sudah celik emas,guna PTPTN untuk beli dinar dan gold bar 1 gram,hasil berjimat cermat dan kesedaran mengenai emas.
Ibubapa yang menyimpan emas untuk anak-anak mereka dari kecil,sudah tidak memerlukan pinjaman PTPTN pada masa akan datang.
 

8.Individu yang masih bujang.
Terutamanya lelaki,kerana semasa kahwin nanti sekiranya anda simpan lama,harga emas waktu anda hendak kahwin sudah tinggi berbanding yang anda beli dahulu.Sekarang juga dah jadi trend memberikan dinar sebagai mas kahwin dan gold bar sebagai hantaran.
 

9.Individu yang minat emas.
Ada yang simpan hanya sebab minat dengan keindahan emas dan seolah-olah ketagih membeli emas bila ada peluang.Ini sebenarnya tabiat yang baik,tapi janganlah semua simpanan anda ditukarkan dalam bentuk logam berharga,simpan sebahagian dalam bentuk cash untuk keperluan kecemasan dan pertukaran on the spot untuk membeli barang dan sebagainya.
 

10.Individu yang ada perancangan utk berniaga.
Bagi mereka yang ingin berniaga pada masa akan datang bolehlah mula menyimpan emas ,kerana ia boleh dijadikan modal perniagaan anda,sama ada anda mencagarnya di arrahnu utk mendapat tunai segera atau menjual emas tersebut.Pilihan di tangan anda.
PENDEK KATA,SEMUA ORANG HARUS BERMULA DENGAN SIMPANAN EMAS.ANDA TAK PERLU JADI KAYA UNTUK BERMULA DENGAN EMAS....

Berminat ingin tahu lebih lanjut ? SMS <GCP minat> <nama> <email> <lokasi> dan hantar ke 32828
**RM0.30 TELCO charge.

HOTLINE: 1-700-81-7969
: 012-988 3145
Website rasmi : www.gcp.com.my
Facebook rasmi: facebook.com/



goldcrestpavilion.gcp
Blog pilihan : www.jutawangold.com

Thursday 2 August 2012

‎:: KENAPA BANK PUSAT CETAK WANG KERTAS LAGI? ::


(AMARAN: Anda mungkin akan berterusan menjadi mangsa jika anda tidak ambil kisah akan hal ini sedangkan anda kini di dalam sistem zalim ini!)

Cuba fikirkan... benarkah harga barang semakin naik atau sebaliknya?

Melalui amalan sistem matawang fiat, perbelanjaan kerajaan tiada batasnya lalu membuka peluang untuk hutang negara semakin meningkat. Bermakna, kerajaan boleh berbelanja (dan menambah hutang negara) sehingga belanjawan ekonomi negara mengalami defisit (kurangan). Justeru, bagi menampung perbelanjaan defisit tersebut, bekalan wang ditambah melalui sama ada percetakan wang kertas atau tambahan wang elektronik tanpa disandarkan kepada apa-apa komoditi bernilai intrinsik sebagai back up!

Maka apabila bekalan wang dalam peredaran melebihi produktiviti negara, berlakulah inflasi melalui tolakan kos dan tarikan permintaan. Kesannya, kuasa beli wang fiat semakin jatuh bila mana kita memerlukan LEBIH nota wang kertas untuk membeli seunit barang yang sama berbanding sedekad atau seabad yang lalu!

Menurut para pakar ekonomi dan kewangan dunia, bermula daripada DEFLASI ekonomi dan kemudiannya INFLASI, dijangkakan matawang dunia (khususnya wang fiat) bakal mengalami HIPERINFLASI iaitu hilangnya kepercayaan rakyat terhadap matawang dan mereka lebih memilih untuk menjadikan barang tertentu sebagai alat pertukaran nilai. Tahukah anda apakah barang yang sangat berpotensi itu?        

Wednesday 1 August 2012

Video Video Emas Yang Sangat Bagus





Cukup 2 Video nie dulu. Tengok n Pahamkan K

  


Rahsia Emas-1 -Complete pasal sejarah emas


Rahsia Emas-2

Pelaburan Terbaik 2011(Emas)-By Dato Salleh Majid



Monday 30 July 2012

Creativity is No Limit. Think Hard Bro…Nenek nie boleh xkan ko xboleh hehehehehe





OTAI2 Malaysia heheheheheh

Beza Mata Wang Yahudi dengan Mata Wang Islam



Gambar Abang kt atas menangis Rm 60,000 jadi Abu.

Makcik kt Bawah still boleh tersenyum sbb Emas tidak terbakar Jadi Abu yg xbernilai hehehehehe

Tuesday 17 July 2012

Ada apa pada EMAS?

            
           Emas telah diketahui sebagai unsur yang sangat berharga sejak zaman prasejarah lagi. Emas telah wujud sebelum wujudnya manusia dan Emas telah lama dianggap sebagai logam yang paling berharga, dan nilainya telah digunakan sebagai piawai untuk banyak matawang dalam sejarah. 

          Emas telah digunakan sebagai simbol ketulenan, nilai tinggi, kedaulatan, dan lebih-lebih lagi peranan yang mengaitkan sifat-sifat tersebut.Walaupun Dunia telah pesat dengan pembangunan teknologi, namun emas tetap terunggul sebagai alat perhiasan dan digunakan dalam bidang elektronik, perubatan dan lain-lain bidang. 

   Secara umumnya boleh dikatakan bahawa emas adalah kekayaan yang sebenar.kenapa?kerana emas tahan lasak dan tidak boleh musnahkan,walaupun dibakar dan menjadi cair ianya masih bernilai!berbanding dengan wang kertas, ia dianggap bernilai sekiranya kondisinya masih elok seperti tidak koyak dan pudar. Bagaimana sekiranya wang kertas dibakar?adakah debunya masih bernilai?sudah tentu tidak!oleh kerana itu emas adalah kekayaan yang sebenar!dalam apa jua keadaan sekalipun ianya tetap bernilai.

        Emas juga simbol kekayaan yang sebenar,ini adalah kerana ianya sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta,oleh itu emas tidak boleh dimanipulasikan!kuantitinya tidak mungkin boleh bertambah!disebabkan inilah emas sentiasa bernilai. Berdasarkan kajian yang dihasilkan,keseluruhan emas yang telah dikeluarkan dari perut bumi di seluruh dunia hanyalah sebesar bongkah kiub berukuran 19 ela sahaja. Bagaimana pula dengan mata wang kita sekarang?adakah ianya boleh dimanipulasi?sudah tentu boleh!Ia boleh dicetak oleh pemerintah dengan senang wenang!jika terlebih cetak ,maka nilainya akan turun dan harga barangan akan menggila!biasanya ia dipanggil inflasi.

        Apa itu inflasi?dan apa pula kesannya?kita akan bincangkan pada post yang akan datang. Telah banyak Negara yang mengalami kegagalan wang kertas,yang terbaru ialah Negara Zimbabwe.

            Emas boleh dibawa kemana sahaja dan yang paling penting ianya diterima di serata dunia!Sebagai contoh, apabila Vietnam diserang oleh Amerika,kebanyakan penduduknya terpaksa meninggalkan tanah air bagi menyelamatkan diri,sebilangan dari mereka telah lari ke Malaysia, mereka telah menjual harta mereka dan menukarnya dengan emas, jadi apa yang dibawa mereka ke Malaysia adalah emas!bukannya matawang Vietnam kerana mereka sedar jika mereka membawa matawang Vietnam sudah tentu ianya tidak boleh diterima pakai kerana Malaysia menggunakan matawang lain, emas yang dibawa oleh mereka sudah tentu diiktiraf di Malaysia. Dengan menyimpan emas, pelarian Vietnam ini boleh memulakan hidup baru mereka dengan mudah di negara persinggahan mereka. Bayangkan jika mereka membawa wang kertas? Apa yang akan berlaku?Sudah pasti mereka tidak dapat menukarnya kerana wang kertas Vietnam tidak akan diterima di negara lain. Oleh sebab itu anda perlu menyimpan emas.


          Secara kesimpulannya, sejak 10 tahun yang lalu, harga emas di pasaran dunia tidak pernha turun dalam erti kata yang sebenar!Dalam tempoh itu, nilai emas meningkat sebanyak lebih 450 peratus!dan jika kita bandingkan dengan wang kertas, wang kertas kita mengecut menjadi tidak sampai 20 peratus berbanding emas sejak satu dekad yang lalu. Jadi mulakan langkah anda! Ayuh mulakan pelaburan emas anda!

"AYUH KAYA HATI DAN KAYA HARTA"!! 

Thursday 15 March 2012

Selamat Datang.

T.G.T maju setapak lagi..

Tiny Gold Trading (TGT) ditubuhkan pada 9 Oktober 2011 sebagai salah satu syarikat yg menjual/beli emas dan perak di malaysia