Tuesday 17 July 2012

Ada apa pada EMAS?

            
           Emas telah diketahui sebagai unsur yang sangat berharga sejak zaman prasejarah lagi. Emas telah wujud sebelum wujudnya manusia dan Emas telah lama dianggap sebagai logam yang paling berharga, dan nilainya telah digunakan sebagai piawai untuk banyak matawang dalam sejarah. 

          Emas telah digunakan sebagai simbol ketulenan, nilai tinggi, kedaulatan, dan lebih-lebih lagi peranan yang mengaitkan sifat-sifat tersebut.Walaupun Dunia telah pesat dengan pembangunan teknologi, namun emas tetap terunggul sebagai alat perhiasan dan digunakan dalam bidang elektronik, perubatan dan lain-lain bidang. 

   Secara umumnya boleh dikatakan bahawa emas adalah kekayaan yang sebenar.kenapa?kerana emas tahan lasak dan tidak boleh musnahkan,walaupun dibakar dan menjadi cair ianya masih bernilai!berbanding dengan wang kertas, ia dianggap bernilai sekiranya kondisinya masih elok seperti tidak koyak dan pudar. Bagaimana sekiranya wang kertas dibakar?adakah debunya masih bernilai?sudah tentu tidak!oleh kerana itu emas adalah kekayaan yang sebenar!dalam apa jua keadaan sekalipun ianya tetap bernilai.

        Emas juga simbol kekayaan yang sebenar,ini adalah kerana ianya sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta,oleh itu emas tidak boleh dimanipulasikan!kuantitinya tidak mungkin boleh bertambah!disebabkan inilah emas sentiasa bernilai. Berdasarkan kajian yang dihasilkan,keseluruhan emas yang telah dikeluarkan dari perut bumi di seluruh dunia hanyalah sebesar bongkah kiub berukuran 19 ela sahaja. Bagaimana pula dengan mata wang kita sekarang?adakah ianya boleh dimanipulasi?sudah tentu boleh!Ia boleh dicetak oleh pemerintah dengan senang wenang!jika terlebih cetak ,maka nilainya akan turun dan harga barangan akan menggila!biasanya ia dipanggil inflasi.

        Apa itu inflasi?dan apa pula kesannya?kita akan bincangkan pada post yang akan datang. Telah banyak Negara yang mengalami kegagalan wang kertas,yang terbaru ialah Negara Zimbabwe.

            Emas boleh dibawa kemana sahaja dan yang paling penting ianya diterima di serata dunia!Sebagai contoh, apabila Vietnam diserang oleh Amerika,kebanyakan penduduknya terpaksa meninggalkan tanah air bagi menyelamatkan diri,sebilangan dari mereka telah lari ke Malaysia, mereka telah menjual harta mereka dan menukarnya dengan emas, jadi apa yang dibawa mereka ke Malaysia adalah emas!bukannya matawang Vietnam kerana mereka sedar jika mereka membawa matawang Vietnam sudah tentu ianya tidak boleh diterima pakai kerana Malaysia menggunakan matawang lain, emas yang dibawa oleh mereka sudah tentu diiktiraf di Malaysia. Dengan menyimpan emas, pelarian Vietnam ini boleh memulakan hidup baru mereka dengan mudah di negara persinggahan mereka. Bayangkan jika mereka membawa wang kertas? Apa yang akan berlaku?Sudah pasti mereka tidak dapat menukarnya kerana wang kertas Vietnam tidak akan diterima di negara lain. Oleh sebab itu anda perlu menyimpan emas.


          Secara kesimpulannya, sejak 10 tahun yang lalu, harga emas di pasaran dunia tidak pernha turun dalam erti kata yang sebenar!Dalam tempoh itu, nilai emas meningkat sebanyak lebih 450 peratus!dan jika kita bandingkan dengan wang kertas, wang kertas kita mengecut menjadi tidak sampai 20 peratus berbanding emas sejak satu dekad yang lalu. Jadi mulakan langkah anda! Ayuh mulakan pelaburan emas anda!

"AYUH KAYA HATI DAN KAYA HARTA"!! 

1 comments: