Thursday 2 August 2012

‎:: KENAPA BANK PUSAT CETAK WANG KERTAS LAGI? ::


(AMARAN: Anda mungkin akan berterusan menjadi mangsa jika anda tidak ambil kisah akan hal ini sedangkan anda kini di dalam sistem zalim ini!)

Cuba fikirkan... benarkah harga barang semakin naik atau sebaliknya?

Melalui amalan sistem matawang fiat, perbelanjaan kerajaan tiada batasnya lalu membuka peluang untuk hutang negara semakin meningkat. Bermakna, kerajaan boleh berbelanja (dan menambah hutang negara) sehingga belanjawan ekonomi negara mengalami defisit (kurangan). Justeru, bagi menampung perbelanjaan defisit tersebut, bekalan wang ditambah melalui sama ada percetakan wang kertas atau tambahan wang elektronik tanpa disandarkan kepada apa-apa komoditi bernilai intrinsik sebagai back up!

Maka apabila bekalan wang dalam peredaran melebihi produktiviti negara, berlakulah inflasi melalui tolakan kos dan tarikan permintaan. Kesannya, kuasa beli wang fiat semakin jatuh bila mana kita memerlukan LEBIH nota wang kertas untuk membeli seunit barang yang sama berbanding sedekad atau seabad yang lalu!

Menurut para pakar ekonomi dan kewangan dunia, bermula daripada DEFLASI ekonomi dan kemudiannya INFLASI, dijangkakan matawang dunia (khususnya wang fiat) bakal mengalami HIPERINFLASI iaitu hilangnya kepercayaan rakyat terhadap matawang dan mereka lebih memilih untuk menjadikan barang tertentu sebagai alat pertukaran nilai. Tahukah anda apakah barang yang sangat berpotensi itu?        

0 comments:

Post a Comment